Pencemaran bunyi merupakan pencemaran kita tidak nampak dengan mata kasar. Apabila kita mendengar bunyi yang bising, kita akan merasa tidak tenang dan merasakan tekanan perasaan hingga tidak dapat berfikir dengan waras lagi. Telinga adalah organ yang terlibat dalam pencemaran bunyi ini. Telinga merupakan salah satu organ yang terpenting yang dikurniakan tuhan kepada kita, sekiranya kita tidak menjaga organ ini dengan baik dan terdedah dengan pencemaran bunyi yang kuat, kita akan mengalami pekak atau kerosakan pada telinga dalam masa yang singkat. Masalah pendengaran dan pekak selalunya berlaku kepada orang yang berumur 50 dan keatas kerana saraf dari telinga sudah lemah untuk menghantar maklumat yang didengar ke otak untuk ditafsirkan. Tetapi, sekiranya seseorang individu terdedah dengan pencemaran bunyi yang kuat pada usia muda lagi, risiko untuknya menghidapi pekak pada usia muda sangat tinggi. Ini terbukti apabila kajian menunjukkan bahawa 76 peratus tentera Melayu yang berkhidmat pada zaman komunis, mengalami masalah pendengaran yang teruk pada usia tua akibat daripada kesan bunyi tembakan, bom, meriam dan pesawat semasa berada di medan perang. Bukti ini cukup untuk kita yakin bahawa pencemaran bunyi adalah bahaya kepada diri kita semua dan kita perlulah sedikit sebanyak bekerjasama untuk mengurangkan pencemaran bunyi ini .
DEFINISI PENCEMARAN BUNYI
Pencemaran bunyi bermaksud bunyi bising yang keterlaluan yang boleh memekakkan telinga sesiapa yang mendengarnya. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 desibel (dB). Pencemaran berlaku daripada perbuatan manusia dari asalnya, seperti menjerit, dan bunyi kenderaa tetapi ada juga pencemaran bunyi semulajadi seperti bunyi guruh.
Pencemaran bunyi berpunca daripada dua sumber utama. Pertama daripada sumber semulajadi seperti bunyi guruh, bunyi air terjun mengalir dan bunyi haiwan. Tetapi, kebanyakan bunyi semulajadi yang dihasilkan banyak memberi kebaikan kepada pendengar berbanding keburukan. Contohnya bunyi cengkerik, bunyi ombak membadai dan bunyi air terjun menghempas kerana bunyi ini walaupun kadang-kadang agak kuat, tetapi dapat menenangkan jiwa dan mental seseorang. Lain pula ceritanya bagi bunyi yang dibuat oleh manusia, berikut adalah beberapa contoh pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh kegiatan manusia yang sememangnya tidak digemari oleh majoriti masyarakat.
CARA-CARA MENGATASI PENCEMARAN BUNYI
Manusia sendiri boleh mengawal pencemaran bunyi ini kerana lapan puluh peratus punca pencemaran bunyi ini datangnya daripada manusia sendiri. Pengeluar kenderaan perlulah memikirkan pengeluaran kenderaan yang enjinnya lebih senyap dan mesra alam. Masyarakat juga perlulah memainkan peranan dengan cuba menghormati orang lain dalam aspek mengawal bunyi yang digunakan untuk tidak mengganggu orang lain.
Kerajaan perlulah memainkan peranan dengan menguatkuasakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang menyumbang ke arah pencemaran bunyi ini. Kerajaan perlulah menetapkan syarat kepada kontraktor binaan supaya tidak melakukan aktiviti binaan pada waktu malam, ini adalah kerana pada waktu malam, masyarakat memerlukan rehat secukupnya dan jika ada bunyi bising masyarakat tidak dapat tidur yang nyenyak.
RENCANA
Pencemaran bunyi juga gangguan hidup 17 Mac 2016 6:02 PM
SAUDARA PENGARANG,
MUNGKIN ramai yang terlepas pandang berhubung isu pencemaran bunyi yang sebenarnya turut mengganggu kehidupan seharian kita. Selama ini kita hanya didedahkan dengan isu pencemaran alam sekitar sedangkan pencemaran bunyi juga adalah salah satu bentuk gangguan yang perlu ditangani.
Paling terkesan pengguna-pengguna jalan raya termasuk mereka yang mendiami taman perumahan yang berhampiran jalan raya utama atau lebuh raya. Memang tidak boleh dinafikan disebabkan masalah tersebut sedikit sebanyak ketenangan kita akan terganggu. Ini memandangkan bunyi yang dihasilkan oleh kenderaan amat membingitkan telinga khususnya bunyi kenderaan yang telah diubah suai.
Bunyi enjin sebuah motosikal kapcai yang telah diubah suai terutama di bahagian ekzosnya seolah-olah seperti sebuah jet. Perginya tidaklah selaju mana, bunyinya sahaja bising.
Sebagai pemandu yang sering berulang alik menggunakan lebuh raya PLUS dari Seremban ke Kuala Lumpur sering juga saya melihat segerombolan penunggang motosikal jenis ini menggunakan lebuh raya tersebut dan kebiasaannya berlaku pada hujung minggu.
Bayangkan sebuah motosikal kapcai yang telah diubah suai bunyinya seumpama sebuah jet, bagaimana pula jika dalam kumpulan tersebut mempunyai sehingga 20 buah motosikal kapcai yang serupa.
Sudah tentu, bunyinya amat nyaring dan membingitkan telinga. Itu belum lagi dikira bunyi motosikal mereka ketika berlumba antara satu sama lain. Bahaya satu hal, bunyi bingit satu hal lain. Bukan setakat lebuh raya, mereka juga berbuat demikian di jalan raya.
Begitu juga dengan kereta yang telah diubah suai. Bunyi kenderaan masing-masing seperti gempa bumi. Kebiasaannya apabila kita memandu dalam keadaan semua tingkap tertutup serta pendingin hawa dipasang bunyi enjin kenderaan lain akan dapat diserap. Namun jika kenderaan kita berada berhampiran dengan motosikal atau kereta yang diubah suai jelas kedengaran bunyi bising sehingga boleh mengganggu fokus pemanduan.
Saya ada membaca beberapa artikel dalam Internet berhubung isu ini kerana bagi saya ini juga merupakan satu bentuk gangguan dalam kehidupan. Antaranya pencemaran bunyi ini akan berlaku sekiranya melebihi tahap 80 desibel (dB).
Secara umumnya terdapat dua punca utama berlakunya pencemaran bunyi iaitu kegiatan manusia dan sumber semula jadi. Bagaimanapun berbeza dengan kegiatan manusia, kebiasaannya bunyi sumber semula jadi seperti air terjun akan memberi ketenangan jiwa kepada manusia.
Sebaliknya bunyi bising yang dihasilkan oleh kegiatan manusia sebahagian besarnya memberi tekanan kepada kita seperti jentera, kilang, pembinaan, kenderaan khususnya yang telah diubah suai. Saya faham ada di antara bunyi bising ini sukar hendak dielakkan tetapi mana yang boleh diambil tindakan, pihak berwajib perlulah bertindak mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Pengkhususan saya dalam ruangan ini lebih kepada pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh kenderaan yang diubah suai. Tindakan tegas perlu diambil sebelum isu ini menjadi barah. Dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terdapat Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi bising kenderaan bermotor) 1987.
Dalam peraturan ini disebut secara terperinci kadar bunyi kenderaan yang dibenarkan misalnya 95 dB untuk kenderaan bermotor dua atau tiga roda 125 cc ke bawah manakala 99 dB bagi kenderaan bermotor dua atau tiga roda lebih 125 cc.
Bagi kenderaan lebih tiga roda kadar bunyi yang telah ditetapkan adalah antara 80 hingga 88 dB. Inilah antara kadar bunyi kenderaan yang telah ditetapkan oleh peraturan tersebut dan mereka yang gagal mematuhinya boleh dikenakan kompaun berdasarkan Seksyen 23 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Justeru, pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi-agensi berkaitan, bertindaklah! Kuatkuasakan peraturan itu dengan tegas melalui operasi bersepadu sebelum rakyat Malaysia semuanya mengalami masalah pendengaran gara-gara bunyi bising yang memekakkan telinga.
YATIE
Bandar Baru Bangi

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/pencemaran-bunyi-juga-gangguan-hidup-1.201404#ixzz5gRwOU1xL
© Utusan Melayu (M) Bhd
没有评论:
发表评论